GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Monday 25 August 2014

Turki hantar loji janakuasa terapung ke Gaza.



ANKARA – Turki terus memberikan komitmen untuk membantu penduduk Gaza apabila merancang untuk menghantar loji janakuasa terapung ke Gaza bagi membekalkan bekalan elektrik yang amat-amat diperlukan ketika ini.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata loji janakuasa terapung itu akan dihantar sebaik sahaja kemudahan pelabuhan di Gaza dibaiki dan dinaiktaraf.

Dalam satu kenyataan media selepas pertemuan dengan Menteri Tenaga Palestin, Omar Kittaneh, Yildiz memberitahu yang pihak Palestin telah memaklumkan kepada Israel tentang perancangan tersebut dan setakat ini belum ada reaksi negatif daripada mereka.

Sejurus selepas kenyataan Yildiz, sebuah syarikat pembuat kapal Turki, Karadeniz Holding mengumumkan rancangan mereka untuk menghantar sebuah loji janakuasa terapung ke Gaza.

Karadeniz mengatakan bahawa kapal tersebut akan dihantar ke Gaza dalam tempoh 120 hari sebaik sahaja kelulusan diperolehi.

Penduduk Gaza yang berjumlah 1.8 juta orang mengalami masalah keputusan bekalan elektrik sehingga 20 jam sehari dan krisis yang berlaku ketika ini tambah memburukkan lagi keadaan.


No comments: