GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Thursday 21 August 2014

Syurga buatmu wahai pejuang!




As-Syahid Mohammed Abou Shamaleh.

Komander Briged al-Qassam. Beliau berumur 41 tahun. Merupakan salah seorang yang sangat dikehendaki oleh pihak tentera Zionis sejak tahun 1991.

Terselamat daripada 3 cubaan pembunuhannya. Cubaan pembunuhannya yang paling merbahaya adalah semasa tentera Zionis melancarkan serangan di kem pelarian Yebna, Beit Lahiya, rumahnya telah dikepung sebelum dihancurkan dengan bahan letupan ketika musim panas tahun 2004.

Pada tahun 2003, beliau pernah mengalami kecederaan yang kritikal selepas terkena serangan bom tentera Zionis yang dilancarkan dari udara yang mensasarkan kenderaanya, namun beliau sempat melompat keluar. Kejadian berlaku di utara Rafah.

Pada hari ini beliau telah syahid selepas rumah kediamannya di Rafah dibedil oleh tentera Zionis.

Syurga buatmu wahai pejuang!


No comments: