GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Tuesday 19 August 2014

Masjid Al-Qassam di Abbasan al Kabeera, Khan Younis akan dibina semula. AYUH SALURKAN SUMBANGAN SEGERA!!!



BANGI, 19 Ogos – Masjid Al-Qassam di Abbasan al Kabeera, Khan Younis akan dibina semula setelah musnah dan ranap akibat dibom zionis Israel yang mengganas di Gaza Sabtu lalu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Katanya, Aman Palestin bertekad untuk membina semula masjid Al-Qassam yang menjadi kemudahan umat Islam di wilayah itu. 

Bagaimanapun, usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan setelah mana gencatan senjata panjang dicapai supaya bantuan kemanusiaan dan bahan binaan lebih mudah dihantar.

Masjid ini asalnya dibina pada tahun 2009 selepas serangan Israel pada tahun 2008. Ianya melalui pemberian sebidang tanah wakaf oleh kerajaan Palestin di Gaza kepada Aman Palestin sebagai tapak masjid dan dibangunkan melalui sumbangan rakyat Malaysia.

Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.


No comments: