GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Thursday 28 August 2014

MALAYSIA WITH PALESTINE.









SHARE THIS VIDEO



CARA UNTUK BOIKOT ISRAEL DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID "BUYCOTT"


Kenapakah Zionis semakin gagal ?





1967 :

Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 265,000 orang tenteranya telah berjaya mengalahkan gabungan kekuatan tentera negara-negara Arab yang telah diketuai oleh Mesir, Jordan, Syria, Kuwait, Irak dan lain-lain yang mempunyai keanggotaan seramai 540,000 orang tentera dalam peperangan 1967 yang berlangsung hanya 6 hari. Peperangan berakhir dengan kemenangan mudah kepada negara haram Israel.

2014 :

Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 720,000 orang tentera yang turut dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir dan beberapa negara lain yang pro-Israel telah gagal untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai anggota pejuang seramai 30,000 orang setelah mereka menyerang selama 51 hari. Rejim Zionis telah gagal untuk melemahkan Hamas, gagal untuk memusnahkan pusat-pusat pelancaran roket dan gagal untuk memusnahkan terowong elit al-Qassam. Gaza mengistiharkan kemenangan setelah Israel dan sekutunya Mesir bersetuju untuk memenuhi tuntutan Hamas.

Tidakkah dunia merasa pelik bagaimana golongan pejuang yang kecil di wilayah Gaza yang terkepung ini tidak berjaya ditundukkan oleh Israel yang didokongi oleh kuasa-kuasa besar?

al-Qassam adalah superhero yang selayaknya dijadikan ikon oleh generasi muda kita.



Kalam | Seolah-olah turunya Surah Al-Ahzab kepada rakyat Gaza.



Kalam | Seolah-olah turunya Surah Al-Ahzab kepada rakyat Gaza

Di dalam kekejaman dan sifat kebinatangan tentera Israel terhadap rakyat Gaza, kita menyaksikan juga akan anugerah Allah SWT pada sudut kecekalan dan keteguhan yang sangat jelas pada setiap jiwa penduduk Gaza.

Atas sejata kecekalan dan keteguhan inilah runtuh segala perancangan serta strategi musuh lalu mereka menjadi penakut.

Aku menyaksikan apa yang sedang berlaku di Gaza sehingga aku merasakan seolah-olah Surah Al-Ahzab turun berbicara soal perjuangan dan peperangan yang terjadi di Gaza.

Ayat 8 hingga 27 surah tersebut yang membicarakan akan kisah keteguhan orang muslimin yang sedikit menghadapi seluruh musuh samada di kalangan yahudi dan kabilah musyrikin yang lain.

Rakyat Gaza itulah muslimin tersebut:

"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah" (Al-Ahzab : 22)

Orang Islam yang berdiam diri atas kekejaman Israel adalah bersifat munafiq:

"Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah" (Al-Ahzab :13)

Adapun pengakhiran pertembungan ini sudah termaktub:

"Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" (Al-Ahzab :25)

Syiekh Ust Dr Ali Qaradaghi 
Setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Sedunia

Jumlah yang telah ditembak oleh Briged Al-Qassam ke arah Israel.



Jenis roket dan jumlah yang telah ditembak oleh Briged Al-Qassam ke arah Israel sepanjang perang kali ini;

11 buah roket R160
22 buah roket J80
185 buah roket M75
64 buah roket S55
5 buah roket Fajar 
3334 buah roket Grad, Qassam, Katyusha dan mortar.

Jumlah keseluruhan roket Al-Qassam=3621

Tuesday 26 August 2014

Bila bangsa yahudi gali terowong untuk bekalan makanan dan senjata satu masa dahulu mereka panggil kemanusiaan dan kebangkitan. Bila rakyat Gaza menggali terowong mereka panggil aktiviti keganasan !?



Picture of the Journalists thate were killed by the Zionists while they were doing their work in Gaza during the aggression.



Demo boikot gedung Marks & Spencer di Ireland.























Gaza 2.10 pm | Perang Hari ke-51 Gambar kesan bedilan roket pejuang Palestin ke atas Ashkelon pagi tadi .








Sudah 50 hari serangan terhadap tentera terkuat di muka bumi ini berlalu. Inilah Gaza!





Inilah cuaca di Gaza.



Pencapaian HAMAS sepanjang 50 hari peperangan :




- Membedil wilayah Ashdod (tanah terjajah) dengan 3 buah roket model Grad.
- Membedil kawasan Al-Jawalah As-Sohrowi dengan sebuah roket moedl 107.
- Membedil Tel Aviv dengan sebuah roket M75.
- Membedil Nahal Oz dengan 14 buah mortar.
- Membedil Ashdod dengan sebuah roket model Grad.
- Membedil Kem Zikkim dengan dua buah mortar model 120.
- Membedil Ashkol dengan sebuah roket model 107.
- Merampas pesawat pengintip penjajah di bahagian timur wilayah As-Syuja'iyah.
- Membedil Kfar Azza dengan 3 buah mortar model 120.
- Briged Al-Qassam dan Saraya Al-Quds berjaya membedil Nativ Hatsra dan sekelompok tentera penjajah Israel di Erez dengan 30 buah mortar.
- Membedil Kibbutz Holat dengan sebuah roket model 107.
- Membedil Kibbutz Kiram Abu Salim dengan 3 buah mortar model 120.
- Membedil Erez dengan 8 buah mortar dan Kfar Azza dengan 3 buah mortar.
- Membedil sekelompok kereta Jeep di sebuah patung monumen di bahagian timur Beit Hanoun dengan 3 buah mortar model 120.
- Membedil Be'eri di wilayah Ashkol dengan roket model 107.
- Membedil Nirim dengan 3 buah mortar model 120.
- Membedil Be'ersheba dengan sebuah roket model Grad.
- Membedil wilayah Kissufim dengan 3 buah roket model 107.
- Membedil Kibbutz Be'eri di wilayah Ashkol dengan sebuah roket model 107.

Gaza 1.35 am | perang hari ke-51

Monday 25 August 2014

Kekejaman tanpa peri kemanusiaan.



Siapakah hero anda? Siapakah idola anak-anak anda waktu kini?




Hero manakah yang hampir dengan Allah??

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikut qudwah mereka yang akan membimbing kami ke syurga Mu.

Ini bulan kemarahan ummah, kami bersatu bersama perjuangan di Gaza.

Jom sertai Himpunan Solidariti Ummah 13 Sept. Tempat akan di umumkan dalam masa terdekat.


Tahniah Qatar....




Umumnya rakyat dan negara Palestin meletakkan Turki, Qatar dan Malaysia sebagai penyokong utama perjuangan mereka di dunia antarabangsa. Sokongan kemanusiaan juga kuat daripada Ireland, Indonesia serta beberapa badan kemanusiaan dari negara Eropah serta negara-negara yang lain.

Kelebihan Qatar :

1-Kepimpinan Qatar sentiasa memberikan sokongan terbuka kepada Palestin.

2-Qatar memberikan perlindungan kepada pemimpin utama Hamas serta para ulama dunia antarabangsa di sana. Qatar pernah dipulau oleh negara-negara jirannya disebabkan isu ini dan bertegas dengannya.

3-Negara Qatar juga telah memberikan bantuan kewangan yang banyak kepada projek bantuan dan pembangunan semula Palestin.

4-Sokongan rakyat awam di Qatar jelas kelihatan di mana-mana masjid, institusi bukan kerajaan serta pusat perniagaan.

5-Pekerja luar termasuk komuniti rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar juga banyak menyumbang kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Tahniah Qatar atas keberanian dan kesungguhan negara kerdil (tetapi kaya) ini membantu ketika kebanyakan negara lain diam membisu.

Turki hantar loji janakuasa terapung ke Gaza.



ANKARA – Turki terus memberikan komitmen untuk membantu penduduk Gaza apabila merancang untuk menghantar loji janakuasa terapung ke Gaza bagi membekalkan bekalan elektrik yang amat-amat diperlukan ketika ini.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata loji janakuasa terapung itu akan dihantar sebaik sahaja kemudahan pelabuhan di Gaza dibaiki dan dinaiktaraf.

Dalam satu kenyataan media selepas pertemuan dengan Menteri Tenaga Palestin, Omar Kittaneh, Yildiz memberitahu yang pihak Palestin telah memaklumkan kepada Israel tentang perancangan tersebut dan setakat ini belum ada reaksi negatif daripada mereka.

Sejurus selepas kenyataan Yildiz, sebuah syarikat pembuat kapal Turki, Karadeniz Holding mengumumkan rancangan mereka untuk menghantar sebuah loji janakuasa terapung ke Gaza.

Karadeniz mengatakan bahawa kapal tersebut akan dihantar ke Gaza dalam tempoh 120 hari sebaik sahaja kelulusan diperolehi.

Penduduk Gaza yang berjumlah 1.8 juta orang mengalami masalah keputusan bekalan elektrik sehingga 20 jam sehari dan krisis yang berlaku ketika ini tambah memburukkan lagi keadaan.


Countries that support the Zionist state in its war against Gaza.




Israeli website, Haaretz, yesterday published a brief list of the names of the countries that support the Zionist state in its war against Gaza

1- Ukraine supplied Israel with 193 Aigla missiles (sample SA-16) and 32 of the bombers 0.4 Strela missiles (SA-7) and two of the bombers and rocket launcher BM-21

2- Bulgaria supplied Israel during the ongoing war with six 130-mm artillery systems

3- Germany supplied Israel with six submarines of "Dolphin" type, including three submarines that are currently used by the Israeli navy, and the other three will arrive during the year.

4- Britain supplies Israel with spare parts for the unmanned drones of "Hermes" type and for the Merkava tanks.

5- Spain supplied Israel with parts of rockets, mortars, electro-optical equipment (Electro-Obti) and fire-fighting systems.

6- Italy supplied Israel with 30 training aircraft noted OR-346 (as part of Israeli-Italian deal to buy ).

7- Czech Republic provides Israel's war on Gaza with tactical missile system, which is called TOCHKA

8- United States supplying Israel with 19 aircrafts of F-35 (the first plane will arrive in 2016 with price of 2.7 Billion Dollars), in addition to the 600 fighter jets at a cost of 544 million dollars and 864 million gallons of diesel fuel and jet fuel with cost of $ 2.67 Billion

11 Syarikat Anda Perlu Jauhkan Jika Mahu Boikot Israel.




Keprihatinan terhadap rakyat Palestin telah berkembang di seluruh dunia, bukan hanya semata-mata di dunia Islam. Ia telah meningkat secara mendadak susulan beberapa siri peristiwa ngeri yang berlaku pada tahun ini di Negeri Palestin.

Dengan perdebatan yang semakin meningkat tentang bagaimana orang ramai boleh membantu, ramai cendekiawan dan aktivis politik berkata cara terbaik ialah melalui boikot, penjualan dan sekatan (BDS)

Kempen BDS meliputi semua produk Israel: Ia adalah satu taktik yang luas bertujuan untuk memberi tekanan kepada negara itu sendiri untuk berubah. Ia juga tertumpu khas kepada syarikat-syarikat yang benar-benar terlibat dalam membuat keuntungan besar daripada dasar penjajahan negara yang dilaknat itu. Syarikat-syarikat ini mungkin akan termasuk dalam pemulauan itu (BDS) tidak lama lagi!

1. Volvo



Syarikat gergasi automobil ini telah dikritik kerana membekalkan peralatan untuk meroboh dan meratakan rumah Palestin. Lebih menarik lagi, pengilang automobil dari Sweden ini juga memegang kepentingan 27% dalam Merkavim, bas yang digunakan untuk mengangkut tahanan Palestin ke dan dari penjara Israel!

2. Hewlett Packard



Slogan Hewlett Packard ialah “If you’re going to do something, make it matter.” Bagi rakyat Palestin ia pasti itu amat berharga. Syarikat gergasi berteknologi menghasilkan EDS Israel, yang membekalkan sistem komputer untuk Angkatan Pertahanan Israel dan menghasilkan peralatan berteknologi tinggi seperti Sistem Basel, sistem permit biometrik yang mengawal pergerakan pekerja Palestin melalui pintu masuk di Gaza dan Tebing Barat.
Peralatan HP juga digunakan oleh penjara Israel dan tentera. 

Tambahan lagi syarikat itu juga telah melabur dalam pembangunan teknologi penempatan haram, yang mengambil bahagian dalam Projek Bandar Pintar di bandar Ariel.

3. Intel



Kilang Intel beroperasi di Kiriyat Gat, tapak bekas kampung-kampung Palestin di Iraq al-Manshiya dan Faluja. Menurut ahli sejarah Israel Benny Morris dalam perang tahun 1948-1949 penduduk kampung-kampung ini telah diusir keluar, sejajar dengan pelan strategik Israel.

Intel, pemproses yang boleh didapati di kebanyakan komputer di dunia, dilaporkan melabur $ 2700000000 untuk menaik taraf loji Kiryat Gat di mana ia menghasilkan cip baru yang akan membuat komputer lebih ringan dan lebih cepat. Yang membawa jumlah pelaburan di Israel kira-kira $ 10 bilion, ditambah ia juga telah memberi manfaat kepada lebih daripada $ 1 bilion dalam bentuk geran kerajaan Israel.

4. Motorola



Penyokong BDS telah mensasarkan syarikat gergasi telekomunikasi Motorola kerana menyediakan peralatan pengawasan di sekitar penempatan Israel, bersama-halangan pemisahan Israel yang dibina dan di sepanjang sempadan Israel-Gaza. Selain itu, syarikat multinasional Amerika ini telah menandatangani perjanjian $ 100 juta setahun dengan Israel untuk telefon pintar direka khas untuk tentera dan anggota keselamatan.

5. McDonald’s



Syarikat makanan segera JUNK FOOD terbesar di dunia ini telah lama disasarkan oleh kumpulan Pro-Palestin kerana sumbangan besar mereka kepada Dana Syarikat Yahudi. Melalui Suruhanjaya Israel, maka Dana Yahudi ini “berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel; memantau dan apabila perlu, respon kepada liputan media Israel”.

6. Coca-Cola



Pengeluar minuman ringan terbesar di dunia ini mempunyai banyak jenama minuman berkarbonat lain di bawahnya termasuk Sprite, Fanta dan Schweppes yang menyokong kuat negara haram Israel. Selain itu Coca-Cola Israel juga memiliki ladang tenusu di penempatan Israel diduduki Shadmot Mechola di Lembah Jordan dan sebuah kilang di zon industri Katzerin di Golan Heights.

Pada tahun 2009 syarikat itu telah menganjurkan majlis khas di ibu pejabat dunia Coca-Cola untuk menghormati Brigadier-Jeneral Ben-Eliezer. Eliezer dituntut oleh kumpulan Pro-Palestin sebagai jenayah perang, semasa Perang Enam Hari unitnya bertanggungjawab bagi pelaksanaan lebih 300 tawanan perang Mesir. Di bawah Sharon, Ben-Eliezer berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan mempengerusikan pembunuhan beramai-ramai di Jenin.

7. Danone



Hampir 2 dekad yang lalu Danone membuka kemudahan R&D di Israel – Institut Danone. Tidak cukup menghairankan bahawa syarikat Perancis ini juga memiliki saham 20% daripada syarikat makanan kedua terbesar Israel, The Strauss Group.

8. Estee Lauder



Konglomerat Amerika, rumah kepada jenama besar seperti DKNY, Tommy Hilfiger, MAC, Clinique dan lain-lain lagi telah disasarkan oleh aktivis BDS kerana aktiviti pro-Israel oleh pengerusinya, Ronald Lauder. Lauder juga merupakan Presiden Kumpulan Wang Yahudi Negara (JNF) – sebuah agensi separuh kerajaan yang berfungsi mengesahkan pendudukan Israel di tanah Palestin. Malah terdapat sebuah kumpulan Amerika berpusat mengetuai boikot di negara ini dengan kempen “Estée Slaughter”.

9. Marks and Spencer



Sejak permulaannya M&S telah dikaitkan kepada Zionisme. Sebuah buku M&S oleh Lord Marcus Sieff – Pengerusi M&S – di dalamnya ada dipetik bahawa salah satu objektif asas M&S adalah untuk membantu pembangunan ekonomi Israel (Pengurusan: Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). Satu artikel di dalam Laporan Jerusalem bertarikh 2000/05/06 M&S menyokong Israel dengan kira-kira $ 233,000,000 dalam perdagangan setiap tahun.

Tambahan pula pada tahun 1998 Sir Richard Greenbury, Ketua Pegawai Eksekutif Marks & Spencer, menerima Anugerah Jubli oleh Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Ini adalah penghormatan yang paling tinggi pernah diberikan oleh “negara Israel” sebagai mengiktiraf individu-individu dan organisasi, yang melalui pelaburan dan hubungan perdagangan, dalam mengukuhkan ekonomi Israel.

10. Starbucks



Hubungan rapat syarikat ini dengan negara Israel antara yang paling lama. Mereka meningkat naik apabila Howard Schultz seorang Zionis aktif – pengasas, pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif Starbucks telah diberi penghormatan oleh Dana Baitulmuqaddis Aish daripada HaTorah di “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” kerana khidmatnya kepada negara Zionis “memainkan peranan penting dalam mempromosikan pakatan rapat antara Amerika Syarikat dan Israel”.

Starbucks dengan bangganya memaparkan anugerah itu di laman web syarikat di bawah bahagian ‘anugerah dan penghargaan’ bagaimanapun, sekali pemulauan itu mula berlaku, anugerah itu secara misteri hilang dari laman web!

11. Nestle



Syarikat multinasional Switzerland ini mempunyai bahagian yang besar dalam kontroversi dan kritikan kerana membantu Israel. Untuk aktivis Pro-Palestin salah satu masalah utama mereka dengan syarikat makanan dan minuman ini adalah hakikat bahawa ia membeli 51% saham dalam pelaburan Osem pada pertengahan 90-an. Osem Investments adalah sebuah syarikat berasaskan Israel yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran dan pengedaran produk makanan di Israel dan di luar negara.

Pada tahun 1998, Peter Brabeck – bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nestle menerima Anugerah Jubli (penghormatan tertinggi yang ditawarkan oleh negara Israel) dalam mengiktiraf usaha syarikatnya untuk menyokong negara Israel.