GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Friday 15 November 2013

Kahwin (part 2)

Sebelum aku bernikah, banyak yang kena prepare..
rohani, jasmani, material dan psikologi..
kahwin tu bukan resepsi semata-mata tapi kahwin tu adalah gabung/join/himpun/ikat dua insan yang tidak pernah kenal sebelum ini,
dua buah keluarga yang berbeza way of life, pandangan hidup dan cara didikan..
dua tempat atau negeri yang tidak pernah dilawati sebelum ini,
dan tentunya dua jantina yang berbeza fitrah hidup "why men don't listen? why women can't read maps?"

hati meronta-ronta nak kahwin, rawannya hati bila fikirkan fitrah Islami baitul muslim..
aku cakap aku ready, tapi Dia lagi Maha A'lim yang aku tak ready lagi..

hold dulu, sampai masa Dia kata "kun!" aku sendiri tak boleh lari..
Dia nak ajar aku agar yakin dengan janji-Nya..

yakin yang masa itu pasti akan sampai, cepat atau...
lambat sahaja..

Kahwin (part 1)

Sana sini orang kahwin,
esok ada kenduri kahwin lagi,
time zaman tok dulu orang kahwin muda,
time zaman mak dulu standard umur 25 tahun dah kahwin,
time la nie ikut style zaman tok dulu,
time bila aku nak kahwin?
serah kat Allah Azza wa Jalla,
aku plan, Dia Yang Maha Tahu,

Kahwin muda, kahwin tua ataupun syurga nanti..
Wallahhu a'lam..


sekali lagi Dia Yang Maha Mengetahui..

di sebalik nama PEPSI


ASSALAMMUALAIKUM..

ayyuha' ikwah al-muhib..


Pepsi (seperti mana Coca Cola) merupakan salah satu daripada produk yang dikeluarkan oleh pihak yang berkomplot dengan Israel. Tahukah anda bahawa setiap huruf tersebut merupakan akronim kepada;

                                                               P- pay 
                                                               E- every
                                                               P- penny (to)
                                                               S- save
                                                                I- Israel

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Hazem Abu Ismail (seorang ahli politik yang bertanding untuk jawatan presiden di Mesir) pada bulan Februari 2012 yang lalu video kenyataan tersebut boleh dilihat di sini (Insititut Kajian Media Timur Tengah). Hazem telah menghuraikan dengan lebih lanjut lagi bahawa huruf  awal P merujuk kepada "pay" (berikan), huruf E pula adalah "every" (setiap). Kemudian, huruf P yang kedua merujuk kepada "penny" (nilai kecil syiling bagi mata wang U.S. yang bersamaan dengan 1000 sen ). Huruf S pula adalah untuk "save" (selamatkan) dan huruf I merujuk kepada Israel. 

Seterusnya, seorang ahli parlimen Hamas, Salem Salamah di Gaza telah mengulangi kenyataan tersebut di siaran televisyen al-Aqsha dengan kenyataan "terdapat pelbagai perusahaan yang diusahakan oleh para kolonial dengan pelbagai cawangan yang telah diusahakan di seluruh dunia seperti Pepsi. Pepsi adalah akronim daripada PAY EVERY PENNY TO SAVE ISRAEL!"

Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Muslim, ribuan penyokong dan pengampu syarikat Zionis mula mengeluarkan kenyataan amarah terhadap kenyataan Muslim tersebut. Pelbagai kenyataan sokongan terhadap Pepsi telah dikeluarkan seperti di sini

Ya benar, kita membayar wang sebanyak RM 1.50 untuk membeli setin Pepsi. Harga seringgit akan pergi kepada peniaga, kemudian bakinya kepada para pembekal kemudian? Keuntungan itu akan meningkatkan keuntungan jenama tersebut. tidak hairanlah di seluruh dunia terdapat banyak vendor machine Pepsi mahupun Coca-cola. Dari mana mereka mampu membiayai semua tersebut? kalau bukan dari wang "ihsan" kita. Selama bepuluh-puluh tahun, syarikat tersebut telah meraih keuntungan hasil "sokongan" penduduk di seluruh dunia. Lihat sahaja, betapa untungnya syarikat Pepsi sehingga mampu membayar artis-artis terkemuka dunia (dari Barat hingga Asia) untuk tujuan promosi produk.

Ya saya akui, Pepsi memang sedap (saya juga pernah meminumnya dahulu- kala masih jahil). Nikmatnya minum Pepsi yang sejuk untuk menghilangkan dahaga kita ketika kehausan dihujani terik matahari. Tapi, apakah kita sedar akan sumbangan kita terhadap Israel laknatullah. Masih sanggup lagi nak minum Pepsi atau Coca Cola dan lain produk? Anda seorang khalifah terpuji yang punya iman, anda punya hati nurani seorang manusia. Renungkanlah. 

Wallahhua'lam..