GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Monday 24 December 2012

Kerajaan Gaza: 184 Orang Terbunuh, 1339 Orang Tercedera dalam Keganasan





ASSALAMMUALAIKUM..
ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..

Hari ini, kerajaan Palestin di Gaza telah mengesahkan jumlah keseluruhan orang awam yang merupakan mangsa keganasan Israel. Bermula dari tarikh 14 hingga 21 November 2012, (tarikh yang dikenali sebagai  8 hari pembunuhan) angka kematian telah mencecah 184 orang manakala angka kecederaan pula menigkat kepada 1339 orang. 

86.8% syuhada terdiri daripada kalangan lelaki dan lebih separuh daripada mereka merupakan golongan warga tua dan kanak-kanak, 87.9% para syuhada tersebut telah mengalami kecederaan berganda (iaitu lebih daripada satu kecederaan di anggota badan mereka) dan 28.3% telah dipukul di leher dan kepala.

Dalam satu sidang akhbar pada petang ahad yang lalu, di Hospital AL-Shifa yang terletak di Gaza pihak kerajaan Palestin telah menyatakan bahawa jumlah kerugian material (kesan pencerobohan tersebut) di kawasan Semenanjung, yang telah dipantau dan direkodkan oleh jawatankuasa teknikal yang dibentuk oleh kementerian berkenaan telah mencecah 1 billion dan 200 million Dollar Amerika, termasuk setengah dollar kerugian langsung dalam sektor yang berbeza. 

Menurut  laporan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan Palestin semasa sidang akhbar tersebut, terdapat pelbagai sektor yang terkena tempias serangan jet dan peluru meriam Israel. Berikut merupakan jumlah kerugian yang dialami oleh sektor yang terlibat;
  • sektor perdagangan dan perindustrian: jumlah kerugian- $ 213 million
  • sektor industri (sahaja): jumlah kerugian- $ 90.5 million
  • sektor komersial: jumlah kerugian- $ 122.5 million
  • sektor pengangkutan (kerosakan pada kenderaan, bengkel penyelenggaraan, bilik pameran kenderaan dan kedai menjual alat ganti kenderaan): jumlah kerugian- $ 3 million
  • sektor pertanian (37 batang pokok buah-buahan, 1000 buah danum-kawasan santuari flora dan fauna): $ 93 million 
terjemahan oleh: palestinegaza
Dipetik dari website Al-Qassam (versi bahasa Inggeris)










Sunday 23 December 2012

2012: tahun yang penuh peristiwa bagi Palestin


TIME presents heartbreaking scene from Gaza as one of it's Top 10 photos of 2012
(Qassam)

ASSALAMMUALAIKUM..
ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..


2012 merupakan tahun yang penuh peristiwa bagi Gaza. Pada suku keempat bagi tahun ini, kita telah menyaksikan beberapa peristiwa yang besar (berlaku di Gaza) termasuklah episod agresif Israel selama lapan hari di Tebing Gaza (eight-day: Israel aggression on Gaza Strip- Operation Pillar of Defense), yang telah mengorbankan dan mencederakan ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

Kita juga telah menyaksikan peristiwa yang bersejarah dalam sejarah negara Palestin apabila Perhimpunan Agung Palestin telah diiktiraf  sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seperti cacing kepanasan yang kecewa dengan kadar undi yang menggalakkan oleh wakil negara-negara dalam PBB, Israel telah mengambil langkah yang ekstrim untuk membina sebuah koloni penempatan Yahudi secara besar-besaran di timur Bailtulmaqdis. penempatan itu dijangka akan mengambil bahagian utara Tebing Barat dari bahagian selatan wilayah yang diduduki kini.

Penempatan koloni yang akan memisahkan timur Baitulmaqdis dari seluruh Tebing Barat tersebut dijadualkan akan merangkumi 3000 unit peneroka yang turut disertakan dengan infrasruktur (jalan raya dan kemudahan lain).

Tahun 2012 juga telah menyaksikan kunjungan pertama pemimpin Hamas, Khalid Mishaal ke Gaza. Akhirnya, pihak berkuasa Palestin (PA) terus berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk. Peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi (berikutan fenomena kini) dan  ditambah pula dengan sumber kewangan yang sempit berikutan bantuan luar yang tidak teratur dan semakin berkurangan serta dasar peras ugut Israel laknatullah yang sengaja mengganggu pembayaran cukai dan hasil kastam daripada PA. Peras ugut tersebut dianggarkan bernilai 100 juta Dollar sebulan!

Friday 21 December 2012

kepada saudaraku di Gaza..


ASSALAMMUALAIKUM..

ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..


بسم الله الرحمن الرحيم


قال الله - سبحانه وتعالى -: ﴿ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ ﴾ [الحجرات: 10]



Firman Allah s.w.t. :   sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.. 

(surah al-Hujurat:10)



:وقد قال نبيُّنا - صلى الله عليه وسلم 
مثَل المؤمِنين في توادِّهم وتراحُمهم وتَعاطُفهم مثَل الجسد؛ إذا اشتَكى منه عُضوٌ، تداعَى له سائر الجسد بالسهر 
والحُمَّى

رواه البخاري في صحيحه، حديث رقم: (6011)، ورَواه مسلم في صحيحه، حديث رقم: (2586)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: seorang mukmin antara satu sama lain bagaikan satu tubuh. apabila ada suatu bahagian tubuh yang sakit maka bahagian tubuh yang lain turut berasa sakit. 

(hadis sahih riwayat Bukhari, hadis no. 6011; dan riwayat sahih Muslim, hadis no. 2586)




Kepada saudaraku di Gaza..


sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir..sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir..sesungguhnnya bersama setiap kesulitan itu akan ada kemudahan..sesungguhnya setiap kesulitan akan ada kemudahan.. awan malam yang gelap akan hilang, kepekatan malam akan diganti dengan cerahnya cahaya siang..

Saudaraku, aku percaya dan yakin.. aku sentiasa doakanmu..

Ya Allah! kuatkankanlah saudara-saudaraku di Gaza..menangkanlah saudara-saudaraku di Gaza..tetapkanlah mereka Ya Allah! 

Wahai Yahudi..! Wahai pembunuh para Nabi! Wahai pendusta para Nabi!

Ya Allah! Engkau laknatilah mereka..pecah-belahkan mereka..hancur leburkan kekuatan bala tentera mereka yang mereka banggakan selama ini.. turunkalah bencana-Mu yang tidak akan dapat dielak oleh mereka..


Amin~



Thursday 20 December 2012

32 Fakta tentang Israel


ASSALAMMUALAIKUM..

ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..






1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?



3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?



4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?



5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?



6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?



7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?



8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.



9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.



10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

Wednesday 19 December 2012

DOA


ASSALAMMUALAIKUM..
ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..




بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah...Kurniakanlah kemenangan kepada saudara-saudara kami dan pejuang-pejuang di Gaza...




Ya Allah...Hancurkan dan musnahkanlah bangsa Yahudi Zionis Israel dari bumi Palestin...