GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Friday 15 November 2013

di sebalik nama PEPSI


ASSALAMMUALAIKUM..

ayyuha' ikwah al-muhib..


Pepsi (seperti mana Coca Cola) merupakan salah satu daripada produk yang dikeluarkan oleh pihak yang berkomplot dengan Israel. Tahukah anda bahawa setiap huruf tersebut merupakan akronim kepada;

                                                               P- pay 
                                                               E- every
                                                               P- penny (to)
                                                               S- save
                                                                I- Israel

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Hazem Abu Ismail (seorang ahli politik yang bertanding untuk jawatan presiden di Mesir) pada bulan Februari 2012 yang lalu video kenyataan tersebut boleh dilihat di sini (Insititut Kajian Media Timur Tengah). Hazem telah menghuraikan dengan lebih lanjut lagi bahawa huruf  awal P merujuk kepada "pay" (berikan), huruf E pula adalah "every" (setiap). Kemudian, huruf P yang kedua merujuk kepada "penny" (nilai kecil syiling bagi mata wang U.S. yang bersamaan dengan 1000 sen ). Huruf S pula adalah untuk "save" (selamatkan) dan huruf I merujuk kepada Israel. 

Seterusnya, seorang ahli parlimen Hamas, Salem Salamah di Gaza telah mengulangi kenyataan tersebut di siaran televisyen al-Aqsha dengan kenyataan "terdapat pelbagai perusahaan yang diusahakan oleh para kolonial dengan pelbagai cawangan yang telah diusahakan di seluruh dunia seperti Pepsi. Pepsi adalah akronim daripada PAY EVERY PENNY TO SAVE ISRAEL!"

Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Muslim, ribuan penyokong dan pengampu syarikat Zionis mula mengeluarkan kenyataan amarah terhadap kenyataan Muslim tersebut. Pelbagai kenyataan sokongan terhadap Pepsi telah dikeluarkan seperti di sini

Ya benar, kita membayar wang sebanyak RM 1.50 untuk membeli setin Pepsi. Harga seringgit akan pergi kepada peniaga, kemudian bakinya kepada para pembekal kemudian? Keuntungan itu akan meningkatkan keuntungan jenama tersebut. tidak hairanlah di seluruh dunia terdapat banyak vendor machine Pepsi mahupun Coca-cola. Dari mana mereka mampu membiayai semua tersebut? kalau bukan dari wang "ihsan" kita. Selama bepuluh-puluh tahun, syarikat tersebut telah meraih keuntungan hasil "sokongan" penduduk di seluruh dunia. Lihat sahaja, betapa untungnya syarikat Pepsi sehingga mampu membayar artis-artis terkemuka dunia (dari Barat hingga Asia) untuk tujuan promosi produk.

Ya saya akui, Pepsi memang sedap (saya juga pernah meminumnya dahulu- kala masih jahil). Nikmatnya minum Pepsi yang sejuk untuk menghilangkan dahaga kita ketika kehausan dihujani terik matahari. Tapi, apakah kita sedar akan sumbangan kita terhadap Israel laknatullah. Masih sanggup lagi nak minum Pepsi atau Coca Cola dan lain produk? Anda seorang khalifah terpuji yang punya iman, anda punya hati nurani seorang manusia. Renungkanlah. 

Wallahhua'lam..


No comments: