GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Monday 24 December 2012

Kerajaan Gaza: 184 Orang Terbunuh, 1339 Orang Tercedera dalam Keganasan





ASSALAMMUALAIKUM..
ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..

Hari ini, kerajaan Palestin di Gaza telah mengesahkan jumlah keseluruhan orang awam yang merupakan mangsa keganasan Israel. Bermula dari tarikh 14 hingga 21 November 2012, (tarikh yang dikenali sebagai  8 hari pembunuhan) angka kematian telah mencecah 184 orang manakala angka kecederaan pula menigkat kepada 1339 orang. 

86.8% syuhada terdiri daripada kalangan lelaki dan lebih separuh daripada mereka merupakan golongan warga tua dan kanak-kanak, 87.9% para syuhada tersebut telah mengalami kecederaan berganda (iaitu lebih daripada satu kecederaan di anggota badan mereka) dan 28.3% telah dipukul di leher dan kepala.

Dalam satu sidang akhbar pada petang ahad yang lalu, di Hospital AL-Shifa yang terletak di Gaza pihak kerajaan Palestin telah menyatakan bahawa jumlah kerugian material (kesan pencerobohan tersebut) di kawasan Semenanjung, yang telah dipantau dan direkodkan oleh jawatankuasa teknikal yang dibentuk oleh kementerian berkenaan telah mencecah 1 billion dan 200 million Dollar Amerika, termasuk setengah dollar kerugian langsung dalam sektor yang berbeza. 

Menurut  laporan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan Palestin semasa sidang akhbar tersebut, terdapat pelbagai sektor yang terkena tempias serangan jet dan peluru meriam Israel. Berikut merupakan jumlah kerugian yang dialami oleh sektor yang terlibat;
  • sektor perdagangan dan perindustrian: jumlah kerugian- $ 213 million
  • sektor industri (sahaja): jumlah kerugian- $ 90.5 million
  • sektor komersial: jumlah kerugian- $ 122.5 million
  • sektor pengangkutan (kerosakan pada kenderaan, bengkel penyelenggaraan, bilik pameran kenderaan dan kedai menjual alat ganti kenderaan): jumlah kerugian- $ 3 million
  • sektor pertanian (37 batang pokok buah-buahan, 1000 buah danum-kawasan santuari flora dan fauna): $ 93 million 
terjemahan oleh: palestinegaza
Dipetik dari website Al-Qassam (versi bahasa Inggeris)










2 comments:

Unknown said...

assalammualaikum. kenapa tiada button follow?

syukran atas pengkongsian ini.

Unknown said...

waalaikummusalam..
a'fwan ya ukthi..syukran kathir atas comment..bru letak button follow tadi..newbie nie masih lg otw dok blajar explore blog..maaf atas kesulitan..
~salam ukhwah~ ^^