GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Sunday 23 December 2012

2012: tahun yang penuh peristiwa bagi Palestin


TIME presents heartbreaking scene from Gaza as one of it's Top 10 photos of 2012
(Qassam)

ASSALAMMUALAIKUM..
ya ahlul Gaza  
ayyuha' ikwah al-muhib..


2012 merupakan tahun yang penuh peristiwa bagi Gaza. Pada suku keempat bagi tahun ini, kita telah menyaksikan beberapa peristiwa yang besar (berlaku di Gaza) termasuklah episod agresif Israel selama lapan hari di Tebing Gaza (eight-day: Israel aggression on Gaza Strip- Operation Pillar of Defense), yang telah mengorbankan dan mencederakan ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa. 

Kita juga telah menyaksikan peristiwa yang bersejarah dalam sejarah negara Palestin apabila Perhimpunan Agung Palestin telah diiktiraf  sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seperti cacing kepanasan yang kecewa dengan kadar undi yang menggalakkan oleh wakil negara-negara dalam PBB, Israel telah mengambil langkah yang ekstrim untuk membina sebuah koloni penempatan Yahudi secara besar-besaran di timur Bailtulmaqdis. penempatan itu dijangka akan mengambil bahagian utara Tebing Barat dari bahagian selatan wilayah yang diduduki kini.

Penempatan koloni yang akan memisahkan timur Baitulmaqdis dari seluruh Tebing Barat tersebut dijadualkan akan merangkumi 3000 unit peneroka yang turut disertakan dengan infrasruktur (jalan raya dan kemudahan lain).

Tahun 2012 juga telah menyaksikan kunjungan pertama pemimpin Hamas, Khalid Mishaal ke Gaza. Akhirnya, pihak berkuasa Palestin (PA) terus berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk. Peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi (berikutan fenomena kini) dan  ditambah pula dengan sumber kewangan yang sempit berikutan bantuan luar yang tidak teratur dan semakin berkurangan serta dasar peras ugut Israel laknatullah yang sengaja mengganggu pembayaran cukai dan hasil kastam daripada PA. Peras ugut tersebut dianggarkan bernilai 100 juta Dollar sebulan!


i) Lapan hari pembunuhan

Israel laknatullah telah memulakan 'pesta' pembunuhan rakyat Palestin pada 12 November 2012 (ketika umat Islam berada dalam mood meraikan Maal Hijrah). 'Pesta' pembunuhan tersebut telah dicanangkan kepada dunia dengan nama Operation Pillar of Defense yang kononnya dasar pertahanan diri. Korban pertama 'pesta' tersebut adalah Ahmed al-Jaabari yang dipercayai sebagai ketua sayap pertahanan Hamas, Briged Izzidin al-Qassam.Jaabari dikatakan telah berunding dengan Israel (melalui perantaraan Mesir), berkenaan dengan pembebasan 100 tahanan Palestin di beberapa penjara Israel sebagai pertukaran askar Israel di Gilad Shalit. 

Israel laknatullah yang menyangka bahawa rakyat Palestin tidak akan bertindak balas dengan pembunuhan Jaabari telah melancarkan serangan udara secara besar-besaran terhadap Palestin. Rata-rata serangan telah mensasarkan bangunan kerajaan, infrastruktur  dan lain-lain. Kemudian pihak Israel telah menjatuhkan bom laser secara membuta tuli terhadap rumah-rumah persendirian rakyat Palestin dengan dakwaan bahawa tujuan penyasaran mereka adalah untuk keluarga yang didakwa mempunyai ahli mereka yang mempunyai kaitan dengan Hamas. Pihak Israel telah melampau batas  dengan menyerang dan membunuh keseluruhan ahli keluarga seperti keluarga Daleou yang telah kehilangan 12 orang ahli keluarga. Israel telah menggunakan helah dengan menjadikan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan aktivitis sebagai serangan sah untuk membunuh! 

Kesannya, 182 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuklah 40 orang kanak-kanak (saya percaya jumlahnya adalah lebih ramai dari angka yang dilaporkan). 1000 orang awam lain turut dilaporkan telah cedera. Israel telah mengaku bahawa ia sengaja disasarkan kepada keluarga awam termasuklah keluarga Daleou telah menjadi sasaran kerana mereka mendakwa bahawa koperasi Hamas (Briged Izzidin al-Qassam) telah bersembunyi di situ. Human Rights Watch dan lain-lain pertubuhan hak asasi telah menuduh Israel melakukan jenayah perang. Seperti kelazimannya, pihak Israel telah menafikan kutukan dunia dengan berkeras menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah sebagai pertahanan mereka.

ii) PBB telah mengiktiraf Palestin

Pada 29 November, Perhimpunan Agung PBB telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia. Undian telah memihak kepada rakyat Palestin dengan 138 buah negara anggota telah mengundi untuk rakyat Palestin dan hanya 9 negara termasuk Israel dan Amerika Syarikat menolak untuk mengundi manakala 41 negara-negara lain termasuk negara Barat bertindak sebagai berkecuali.

Undian tersebut telah disambut oleh rakyat Palestin sebagai suatu peristiwa yang bersejarah dan pengiktirafan tersebut dilihat sebagai langkah pertama ke arah penubuhan sebuah negara yang berdaya dengan Baitulmaqdis sebagai modal ibu negara.

PA berharap bahawa pengiktirafan antarabangsa yang diperolehi akan meletakkan mereka dalam kedudukan diplomatik yang lebih kukuh  untuk menentang hegemoni dan pencerobohan Israel, terutamanya dasar unilateral Israel merampas tanah rakyat Palestin dan menubuhkan penempatan koloni Yahudi (termasuklah untuk pendatang Yahudi dari luar negara) di atas tanah tersebut.

Palestin juga berharap bahawa penerimaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati akan membolehkan mereka untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mendakwa penjenayah perang iaitu Israel yang telah melakukan jenayah perang dan jenayah  kemanusiaan. Bertindak balas kepada undi PBB, kerajaan Israel Binyamin Netanyahu memutuskan untuk membina sebuah koloni yang besar antara Timur Baitulmuqaddis  dan koloni Maali Adomim, 4 kilometer ke arah timur.

Israel, yang digelar dalam undi PBB sebagai "resolusi pengganas,"  telah mendakwa bahawa sebahagian besar masyarakat antarabangsa menaruh  kecenderungan anti-Semitik. Pegawai Palestin, mengatakan bahawa sejak apabila pembangkang kepada anti-Semitisme bermakna membenarkan Israel untuk 'memakan' tanah Palestin dan menafikan hak 11 000 000 rakyat Palestin dalam kebebasan, kemerdekaan dan kenegaraan.

Sekiranya penempatan baru yang dirancang untuk dibina di bahagian Timur Baitulmuqaddis Timur (yang dinamakan E-1), memetik kata-kata pegawai PA- Sa'eb Eikat, penempatan tersebut akan menyekat  prospek penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaya maju dan akan memotong Tebing Barat kepada dua bahagian yang berasingan dari satu sama lain.

Mengelak dalam menghadapi masyarakat antarabangsa, Israel minggu ini mempelawa tender untuk membina unit peneroka pertama 92 daripada jumlah 3000, yang mencetuskan kutukan antarabangsa. Israel, yang terus hanyut  ke arah nasionalisme melampau Yahudi dan fasisme, dijadualkan untuk mengadakan pilihan raya umum awal, dengan undian pendapat mencadangkan sayap kanan dan separa pihak fasis akan menerima bahagian singa Israel undi.

artikel dipetik dari: Khalid Amayreh (23/12/2012)
terjemahan oleh:
artikel lanjut (dalam bahasa Inggeris) boleh dibaca di sini 

No comments: