Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kad kredit beliau dengan HSBC sebagai
tanda bantahan terhadap penutupan akaun pertubuhan Islam yang menyokong
Palestin oleh bank itu.
Pembatalan serta-merta itu dinyatakan dalam
suratnya kepada ketua pegawai eksekutif HSBC, yang kemudian dimuat naik ke
Internet.
Turut dimuat naik gambar beliau bergaya
menggunting kad kredit itu.
"(Ini) protes terhadap bank itu yang
menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin... saya
sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel,"
tulisnya dalam kapsyen gambar itu.
Bernama melaporkan tindakan Ismail Sabri mendapat banyak pujian daripada
pengikutnya di Internet dan dikongsi meluas di alam maya.
The Guardian pada 30 Julai melaporkan tiga pertubuhan Islam, termasuk Masjid
Finsbury Park, menuntut penjelasan daripada HSBC selepas dimaklumkan bank itu
bahawa akaun mereka ditutup.
Pertubuhan-pertubuhan itu, termasuk Ummah
Welfare Trust (UWT) dan badan pemikir Cordoba Foundation diberi notis dua bulan
bertarikh 22 Julai atas alasan di luar “kaedah pengurusan risiko kami”.
Pemegang amanah masjid Finsbury Park Khalid
Omar berkata tiada sebab dinyatakan dan beliau menyifatkannya sebagai kempen
Islamofobia terhadap pertubuhan Islam.
No comments:
Post a Comment