Kalam | Seolah-olah
turunya Surah Al-Ahzab kepada rakyat Gaza
Di dalam kekejaman dan sifat kebinatangan tentera Israel terhadap rakyat Gaza, kita menyaksikan juga akan anugerah Allah SWT pada sudut kecekalan dan keteguhan yang sangat jelas pada setiap jiwa penduduk Gaza.
Atas sejata kecekalan dan keteguhan inilah runtuh segala perancangan serta strategi musuh lalu mereka menjadi penakut.
Aku menyaksikan apa yang sedang berlaku di Gaza sehingga aku merasakan seolah-olah Surah Al-Ahzab turun berbicara soal perjuangan dan peperangan yang terjadi di Gaza.
Ayat 8 hingga 27 surah tersebut yang membicarakan akan kisah keteguhan orang muslimin yang sedikit menghadapi seluruh musuh samada di kalangan yahudi dan kabilah musyrikin yang lain.
Rakyat Gaza itulah muslimin tersebut:
"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah" (Al-Ahzab : 22)
Orang Islam yang berdiam diri atas kekejaman Israel adalah bersifat munafiq:
"Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah" (Al-Ahzab :13)
Adapun pengakhiran pertembungan ini sudah termaktub:
"Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" (Al-Ahzab :25)
Syiekh Ust Dr Ali Qaradaghi
Setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Sedunia

No comments:
Post a Comment