BANGI, 19 Ogos – Masjid Al-Qassam di Abbasan
al Kabeera, Khan Younis akan dibina semula setelah musnah dan ranap akibat
dibom zionis Israel yang mengganas di Gaza Sabtu lalu.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz
Abdullah Zaik Abd Rahman. Katanya, Aman Palestin bertekad untuk membina semula
masjid Al-Qassam yang menjadi kemudahan umat Islam di wilayah itu.
Bagaimanapun, usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan
setelah mana gencatan senjata panjang dicapai supaya bantuan kemanusiaan dan
bahan binaan lebih mudah dihantar.
Masjid ini asalnya dibina pada tahun 2009 selepas serangan Israel
pada tahun 2008. Ianya melalui pemberian sebidang tanah wakaf oleh kerajaan
Palestin di Gaza kepada Aman Palestin sebagai tapak masjid dan dibangunkan
melalui sumbangan rakyat Malaysia.
Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun
2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.
No comments:
Post a Comment