GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Monday 29 September 2014

Sifat pengecut Zionis kadang-kala melucukan.




Gambar di sebelah kiri menunjukkan salah satu daripada tiga buah perigi dengan kelengkapan motor untuk mengepam keluar air yang terletak 90 meter ke bawah tanah bagi mengairi projek pertanian yang dibiayai oleh Aman Palestin di Utara Gaza.

Dalam Misi Solidariti Gaza yang disertai kira-kira 120 orang sukarelawan dari Malaysia, rombongan telah dibawa melawat dan menyaksikan upacara perasmian kawasan pertanian ini.

Ketika berlakunya Perang Asfil Ma'kul selama 51 hari baru-baru ini, kawasan ini menjadi kawasan berbahaya bagi rakyat Palestin kerana tentera Zionis bersama kereta kebal mereka telah berjaga di kawasan ini.

Mereka menyangka perigi ini adalah sebahagian daripada kelengkapan ketenteraan Al-Qassam. Sebuah jentera besar telah dibawa dan selama tiga hari berturut-turut, mereka telah menggali perigi ini kerana menyangka ia adalah salah satu 'pintu masuk' ke terowong ketenteraan Al-Qassam.

Selepas tiga hari, barulah pegawai risikan tentera Zionis mengarahkan 'operasi penting' mereka ini dihentikan setelah mereka mempastikan bahawa yang digali hanyalah perigi untuk pertanian.

Tentera Zionis telah meninggalkan satu lubang yang sangat besar sedalam 90 meter (kira-kira 45 tingkat) ke bawah tanah. Jika dibaling seketul batu, hanya selepas 10 saat barulah kedengaran bunyi batu terjatuh ke dalam air (yang terletak 90 meter di bawah tanah). Lubang tersebut begitu besar dan dalam, di mana jika seorang terjatuh ke bawah, dia pasti bertemu dengan ajalnya.

Lebih melucukan apabila sebuah kereta kebal Zionis telah tergelincir dan tersangkut ke pintu lubang ini. Mereka terpaksa membawa jentera besar lain untuk menarik keluar kereta kebal malang tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sebelum meninggalkan kawasan ini, Zionis telah membongkar jalan pertanian berturap yang juga dibangun atas dana Aman Palestin sepanjang 3km. Mereka juga membongkar semua tanaman yang ada dan meninggalkan kawasan ini seperti padang jarak padang tekukur sebagai membalas dendam kebodohan mereka yang memalukan kerana menyangka kawasan pertanian ini sebagai kawasan aktiviti tentera Al-Qassam.

Aman Palestin dengan kerjasama Kementerian Pertanian Palestin di Gaza akan kembali membangun semula kawasan pertanian ini yang merupakan sumber pendapatan petani Gaza dan sumber bekalan makanan rakyat Gaza.

No comments: