The White Phosphorus
Fosforus
putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan
oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara.
Maka apabila terkena manusia, mangsa
seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga
beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih
yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda
terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus
putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah
digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.Sebenarnya Depleted Uranium
bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach”
sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru
tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
senjata
Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak
berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu
merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk
kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin
terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan
yang sangat teruk).Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan
bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan
yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila
sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
Inilah yang dilakukan oleh para pengganas
dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin
yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau
ibu anda? atau anda sendiri? Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda
dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup? Atau bagaimana jika adik atau anak anda
lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi
SAW yang bermaksud,
“barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain,
maka dia bukan dari kalangan mereka”.
sumber : detik islam.com
No comments:
Post a Comment