GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Tuesday, 15 July 2014

Situasi di Gaza 28 Jun - 4 Julai 2014

Ulasan Mingguan Situasi di Gaza | 28 Jun - 4 Julai 2014


Minggu ini menyaksikan rejim Zionis Israel meneruskan Operasi Brother’s Keeper sungguhpun umat Islam sudah mula menjalani ibadah Ramadhan. Malah tiada tanda-tanda ia akan surut sungguhpun sudah lebih 2,100 premis dan rumah rakyat Palestin digeledah, harta-benda dimusnahkan, lebih 600 orang ditahan dan 8 orang lagi maut.


Hakikat ini semakin jelas apabila mayat 3 remaja Yahudi yang dilaporkan hilang tempoh hari berjaya ditemui (30 Jun). Seluruh Israel dilaporkan meratapi pemergian 3 remaja ini. Kerajaan Israel bertindak balas dengan merobohkan rumah dua suspek penculikan yang telah dikenalpasti (walaupun tiada bukti yang jelas) dan mengumumkan projek penempatan baru Yahudi di Tebing Barat untuk mengingati kematian mereka. Kerajaan Israel membalas dendam dengan merampas lebih banyak tanah rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengancam untuk menghapuskan HAMAS di Gaza. Ancaman ini disahut dengan penuh berani oleh pemimpin utama HAMAS di Gaza, Ismail Haniyeh bahawa HAMAS tidak akan berdiam diri sekiranya Gaza diserang oleh Israel.

Sepanjang 3 minggu Operasi Brother’s Keeper, HAMAS telah menahan diri daripada melakukan serangan balas. Roket-roket yang dilancarkan dari Gaza merupakan roket-roket fraksi-fraksi mujahidin lain yang juga berpengkalan di Gaza. HAMAS menahan diri bagi menghormati komitmen mereka dalam proses pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin yang telah dipersetujui bersama Fatah dan PLO.

Seperti dapat menghidu keraguan Netanyahu untuk bertindak lebih agresif, kumpulan ekstremis dari penempatan haram Yahudi di Tebing Barat telah melancarkan serangan awal. Mereka menculik seorang remaja Palestin, Mohamed Abu Khieder dari kem Shufat ketika ia pulang dari solat Subuh pada hari Rabu (2 Julai), membunuh dan membakar mayatnya - sekaligus tercatat sebagai ‘price attack’ paling kejam pernah dilakukan oleh ekstremis penempatan haram Yahudi. Sebelum ini aktiviti mereka terhad kepada memukul, menyerang dan merosakkan harta benda rakyat Palestin di perkampungan Arab berdekatan dengan penempatan haram mereka.

Netanyahu mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan golongan ektremis ini. Namun, beberapa jam selepas itu tenteranya telah menghujani Gaza dengan bom-bom atas alasan untuk memusnahkan pengkalan pejuang HAMAS. Serangan ini telah mengakibatkan 11 kecederaan.

Di Baitul Makdis, tentera Israel (IDF) telah menyuraikan sekumpulan rakyat Palestin yang melancarkan demonstrasi membantah penculikan dan pembunuhan Mohamed Abu Khieder dengan ganas hingga menyebabkan 170 kecederaan (termasuk 6 orang jurnalis). IDF menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup bagi menyuraikan demonstran.

Semalam (3 Julai), IDF telah mula memposisikan kereta-kereta kebalnya di sempadan Israel-Gaza. Jurucakap IDF, Leftenan Kolonel Peter Lerner menyebutkan bahawa tindakan ini hanyalah sebagai langkah pertahanan dan berjaga-jaga.

Petanda untuk satu lagi perang di Gaza semakin jelas.

SUMBER: AQSA SYARIF

No comments: