GAZA 2

GAZA 2

gaza 3

gaza 3

gaza

gaza

gazajhj

gazajhj

Monday, 25 August 2014

AYUH!!! HULURKAN BANTUAN UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA SEGERA...


SEMOGA SUMBANGAN KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN SAUDARA KITA DI GAZA. AYUH SUMBANGLAH SEGERA MELALUI AMAN PALESTIN. SUMBANGAN BOLEH MELALUI SMS DAN SUMBANGAN MELALUI AKAUN BANK SEPERTI TERTERA DIBAWAH DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI LAMAN WEB RASMI AMAN PALESTIN DI http://www.amanpalestin.net/ ATAU https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial


BANTUAN ANDA INSYA-ALLAH AKAN  DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA MEMBINA TEMPAT TINGGAL YANG BARU...


BANTUAN ANDA JUGA INSYA-ALLAH AKAN  DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA YANG TIADA TEMPAT BERGANTUNG DAN ANAK-ANAK YATIM PIATU DI GAZA.


BANTUAN ANDA  JUGA INSYA-ALLAH AKAN  DAPAT MEMBANTU SAUDARA UNTUK BEKALAN MAKANAN DAN KEPERLUAN HARIAN...


BANTUAN ANDA INSYA-ALLAH AKAN  DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA DALAM PEMBELIAN BEKALAN UBAT-UBATAN.


BANTUAN ANDA JUGA INSYA-ALLAH AKAN  DAPAT MEMBANTU GAZA MEMBINA SEMULA APA YANG TELAH MUSNAH..



Info: Yang mana satukah Masjidil Aqsa?




Info: Yang mana satukah Masjidil Aqsa?

Walaupun info ini sudah kami nyatakan pada post-post lama kami, tetapi ada baiknya kami kongsikan sekali lagi memandangkan admin lihat ramai yang masih terkeliru tentang kedudukan Masjidil Aqsa.

Fakta ini adalah fakta yang tepat daripada tokoh-tokoh perjuangan Palestin yang telah ditemui oleh kami, ada antaranya kami telah jemput datang ke Malaysia. Malah ada antara admin yang pernah menjejakkan kaki ke perkarangan Masjidil Aqsa dan mendengar sendiri penerangan daripada Imam Masjidil Aqsa.

Seperti yang anda lihat dalam gambar, terdapat dua buah masjid besar yang ditunjukkan dengan anak panah. Satu yang berkubah kuning, dan satu lagi berkubah hitam, kelabu. Soalannya, yang mana satukah Masjidil Aqsa?

Jawapan: Masjidil Aqsa adalah KESELURUHAN KAWASAN yang berada dalam garisan kotak hitam itu termasuk QUbbatus Sakhrah (kubah kuning) dan Masjid Qibly (kubah hitam kelabu). Kawasan itu luasnya 144 ribu meter persegi dan mampu memuatkan lebih 500 ribu jemaah dalam satu masa. Bahkan, anda tunaikan solat di mana-mana masjid atau kawasan lapang dalam kawasan itu akan mendapat pahala 500 kali ganda seperti dalam hadis Nabi;

"Solat di Masjidil Aqsa mendapat pahala sebanyak 500 kali ganda, dan solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) mendapat pahala sebanyak 1000 kali ganda, dan solat di Masjidil Haram mendapat pahala sebanyak 100 ribu kali ganda" (H.R Ibnu Majah)

Dua buah masjid yang anda lihat bertanda anak panah itu ialah masjid besar yang berada dalam kawasan itu. Terdapat lagi masjid-masjid kecil yang lain yang juga dikira sebagai Al-Aqsa. Malah terdapat juga masjid bawah tanah! 

Jadi semoga tiada lagi pembaca yang keliru.

Kanak-kanak Gaza vs kanak-kanak di tempat lain Gambar ini menceritakan segala-galanya . Jangan pernah putus mendoakan kemenangan umat Islam di Palestin.



Adakah mereka teroris?




Adakah mereka teroris?

Soalan pertama :

Adakah para pejuang yang menentang penjajahan Tanah Melayu seperti Tok Janggut (Kelantan) , Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau (Pahang) dan Rosli Dobi di Sarawak adalah pengganas atau teroris?

Soalan ke-2 :

Adakah anggota al-Qassam dan Hamas yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Gaza serta membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah oleh rejim Zionis Israel yang dibantu oleh kuasa besar serta kroninya ini dianggap teroris atau pun pengganas?

Kesimpulan :

Hanya mereka yang buta sejarah dan mereka yang dirabunkan kemampuan mengenali sejarah kini oleh media pro-Zionis sahaja akan berkata sedemikian di kala fakta-fakta yang kukuh semakin mudah untuk diperolehi di dunia globalisasi.

Beza kitaran hidup di Gaza dan dunia lain.



Sarayaa al-Quds telah mengebom kawasan hutan di Soufa dengan 6 tembakan mortar dan kem tentera Ain Thalithah dengan roket 107.


Terowong bawah tanah yang digali oleh yahudi zionis di bawah masjidil aqsa...






Gambar penduduk yahudi zionis ketakutan apabila loceng amaran berbunyi menandakan roket tentera al qassam bakal tiba...




Teruskan berdoa...





Roket-roket penjajah Israel telah mencuri kebebasan dan keindahan hidup daripada kanak-kanak di Gaza.

Teruskan berdoa untuk mereka, jangan pernah jemu untuk mendoakan mereka kerana mereka tidak pernah jemu berjuang mempertahankan tanah suci kita.

Thursday, 21 August 2014

Syurga buatmu wahai pejuang!




As-Syahid Mohammed Abou Shamaleh.

Komander Briged al-Qassam. Beliau berumur 41 tahun. Merupakan salah seorang yang sangat dikehendaki oleh pihak tentera Zionis sejak tahun 1991.

Terselamat daripada 3 cubaan pembunuhannya. Cubaan pembunuhannya yang paling merbahaya adalah semasa tentera Zionis melancarkan serangan di kem pelarian Yebna, Beit Lahiya, rumahnya telah dikepung sebelum dihancurkan dengan bahan letupan ketika musim panas tahun 2004.

Pada tahun 2003, beliau pernah mengalami kecederaan yang kritikal selepas terkena serangan bom tentera Zionis yang dilancarkan dari udara yang mensasarkan kenderaanya, namun beliau sempat melompat keluar. Kejadian berlaku di utara Rafah.

Pada hari ini beliau telah syahid selepas rumah kediamannya di Rafah dibedil oleh tentera Zionis.

Syurga buatmu wahai pejuang!


Hero Ummah.




Hero Ummah.

As-Syahid Raed al-Attar yang telah syahid pada pagi tadi di Rafah. Seorang bapa kepada 2 orang anak. Merupakan Komander kepada unit Komando Briged al-Qassam. Berada dalam senarai mereka- mereka yang dikehendaki oleh kerajaan Mesir dan Israel kerana dituduh terlibat dalam peristiwa penculikan dan penawanan tentera Zionis, Gilad Shalit pada suatu masa dahulu. Beliau digelar oleh tentera Zionis sebagai Ra'sul Af'a (Ketua Ular), mungkin kerana kelicikannya dalam peperangan.

Sumber : غزة الان

Infografik yang memaparkan kesan- kesan keganasan tentera Zionis.




Infografik yang memaparkan kesan- kesan keganasan tentera Zionis sejak permulaan peperangan sehingga hari yang ke-45.

Syahid 2049 orang :
533 kanak- kanak.
233 wanita.
96 warga tua.
1187 lelaki.

Tercedera 10224 tercedera :
3106 kanak- kanak.
1970 wanita.
368 warga tua.
4780 lelaki.

Keganasan dan pencabulan.
87 kali pembunuhan beramai- ramai.
95 orang wartawan dan jurnalis tercedera atau terkorban.
125 anggota paramedik tercedera atau terkorban.
475000 orang kehilangan tempat tinggal.

Kerosakan atau kehancuran bangunan.
10655 rumah.
190 masjid.
3499 bangunan perkhidmatan.
194 bangunan pendidikan.

Sumber : غزة الان


Hashtag #كلنا_حماس yang bermaksud 'Kami semua adalah Hamas' telah menduduki carta yang kedua di dalam laman Twitter seluruh dunia. Hal ini merupakan satu kemenangan daripada kemenangan- kemenangan lain yang akan dicapai oleh Gaza.



Ribuan masyarakat penjajah Zionis cabut keluar..



Tuesday, 19 August 2014

Masjid Al-Qassam di Abbasan al Kabeera, Khan Younis akan dibina semula. AYUH SALURKAN SUMBANGAN SEGERA!!!



BANGI, 19 Ogos – Masjid Al-Qassam di Abbasan al Kabeera, Khan Younis akan dibina semula setelah musnah dan ranap akibat dibom zionis Israel yang mengganas di Gaza Sabtu lalu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Katanya, Aman Palestin bertekad untuk membina semula masjid Al-Qassam yang menjadi kemudahan umat Islam di wilayah itu. 

Bagaimanapun, usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan setelah mana gencatan senjata panjang dicapai supaya bantuan kemanusiaan dan bahan binaan lebih mudah dihantar.

Masjid ini asalnya dibina pada tahun 2009 selepas serangan Israel pada tahun 2008. Ianya melalui pemberian sebidang tanah wakaf oleh kerajaan Palestin di Gaza kepada Aman Palestin sebagai tapak masjid dan dibangunkan melalui sumbangan rakyat Malaysia.

Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.


Kenali Tentera Yang Digeruni.




Tak mampu boikot semua, boikotlah apa yang anda mampu.








Kisah kanak-kanak di gaza.




Child, Maha Sheikh Khaleel celebrates her Birthday at AL Shifa Hospital. 
We mentioned her story few days ago, in which she was injured in the neck and suffers quadriplegia due to the shelling of her house and the neighbourhood. 
On the day of targeting her house, Maha lost her pregnant mother and 6 others of her family. In addition, around 17 others were injured and are distributed in hospitals inside and abroad.
Maha is waiting for permission to be transfered to Turkey for medical treatment. 


Dia ada Allah bersamanya !

Remaja ini mungkin tidak memiliki apa-apa lagi setelah rumah milik keluarganya dan kawasan perumahan di sekelilingnya dimuntahi peluru dan bom ganas rejim Zionis Israel.

Namun beliau masih boleh tidur nyenyak dengan apa yang ada
.
Mengapa ? 

Kerana dia ada ALLAH bersamanya....



Monday, 18 August 2014

Antara serangan-serangan terbaik oleh Bridget Al-Qassam.



I LUV ISLAM...




Merah Darah Gaza.




Merah darah Gaza
Mengalir  tanpa ihsan insani
Meragut bebas menyubur duka
Dan kini…
Islam berduka lagi  

Kita bahagia di sini
Mereka terseksa di sana
Beza adalah dua jiwa
Kita terlena mereka ‘berdiri’

Semangat juang mereka kental
Redha dan syahid matlamat awal
Kita lesu dengan material
Berhala baru jadikan  khayal

Mereka berjuang penuh mara
Hingga jasad berpisah nyawa
Darah merah pekat membasahi bumi lahir mereka
Demi menjaga istimewa agama yang dinaung
Memelihara tanah tempat kiblat yang agung
Simbol kekuatan islam yang dijunjung

Kita kaku
Sorak sorai mendoakan
Menghantar bantuan
Tiba-tiba jadi prihatin
Membantu dan terus membantu
Namun jiwa kosong dengan perjuangan

Kita rakus membadai akhbar dengan tulisan makian
Kita ralit berkongsi kebencian dalam dinding ratapan
Kita sibuk cerita perihal mereka di sana yang ketakutan
Namun kita masih bukan seperti mana yang diharapkan

Mungkin sudah sampai seru
Kita perlu menjadi satu
Berhimpun atas nama Tuhan yang satu
Berpadu menjadi umat yang bersatu

Tinggalkan rasa sangsi
Jauhkan hasad dan dengki
Hindarkan sifat benci membenci
Buangkan dendam yang tersemat di hati
Moga Tuhan tunjukkan jalan hakiki

Usah lena dalam buaian angan
Jangan tidur dalam kelenaan
Sedangkan ratapan saudara kita masih kedengaran
Berpadulah kita atas satu kalimah yang sama
Nyahkan jiwa kotor yang mempalit dada
Kelak kemenangan milik kita akhirnya
Yakinah, janji Tuhan itu untuk kita !!



InsyaAllah satu hari nanti...


Sebelum ini Gaza mempunyai lapangan terbang antarabangsa sendiri iaitu Yasser Arafat International Airport yang mula beroperasi pada tahun 1998.

Tetapi lapangan terbang tersebut musnah pada tahun 2001 apabila Israel mengebom lapangan terbang tersebut....




Satu hari nanti insya Allah!

I AM GAZA...



Infografik kematian kanak-kanak di Gaza.